Tuesday 16 October 2012

Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang

Sabtu lepas (13 Oktober 2012) sempat la terjah kedai MakJah Mee Udang Kuala Sepetang cawangan Wangsa Maju.  Senang je nak cari kedai nih. Bangunan kedai ni kat sebelah Wangsa Walk Mall (kedai ni hujung sekali). 

Masa dok tepeng xnak plak nak g makan kat kedai ni. Dah ada kat tempat orang, baru la tringat nak makan mee udang MakJah ni. Huhu... Sebenarnya pemilik kedai ni pak sedara kawan husband yang punya. Nak jadi cerita, haritu kawan husband kat kampung datang umah kami. Dia bagitau yang pak sedara dia bukak cawangan kedai mee udang ni kt KL. Dia pun keja kt kedai tu  jugak. Dengan itu, kami pun pegi jela kedai MakJah mee udang ni tanda sokongan moral kepada kawan husband tu. Hahah...

Yang sweet nya, pekerja ni semua di kalangan adik beradik...sanak saudara kawan husband tu. So secara tak langsung, dah macam majlis reunion plak kat kedai tu. Yola, dah kawan husband kt kampung, mesti la adik beradik dia pn husband kenal...x gitu (tp x dpt mkn free pun. bisnes is bisnes oke!!! )

Ni enterance kedai...(sila abaikan gambarku)

 

Ini bahagian dalam kedai. Snap gambar bandar Taiping (wah bangganya aku sebagai anak tepeng!!! arghhh...)

Dari kiri; signboard "Taiping" kt stesen keretapi..taman tasik tepeng...Wisma Persekutuan. Kt bawah tu air limau ais & air suam. haha...



Yang ni pulak semestinya mee udang. Udang beso habaq hang. Ni mee udang special. harga pun special...rm12.00. Yang biasa rm8.00

Sebelum... 
Selepas... wink wink :P
udang beso

Ni plak udang goreng tepung. rm13.00 sesampan. huhu...

sedapp..

Yeah..tu saje yang nak di kongsikan. kalau ada masa p la rasa mee udang makjah cawangan wangsa maju ni. ada orang kata mee udang makjah yang kat Kuala Sepetang lagi sedap. Yela, dh 'tangan' lain yg masak kan. Entah..bg aku sedap je mee udang kat sni (mungkin jgk x pnh rasa yg kt Kuala Sepetang kot) haha..

Kedai ni bukak setiap hari kecuali hari rabu (tapi dibuka pada cuti umum & cuti sekolah). Maksudnya di sini, kalau hari rabu tu bukan cuti umum atau cuti cuti sekolah maka kedai ni akan tutup ok. Jelas tak? Waktu perniagaan bermula pkul 11.30 pagi hingga 10 malam. Ok, sekian. Slamat menjamu mata...nak menjamu selera p kedai dia. Hahaha...



**gambar malas edit**