Thursday, 26 January 2012

Manatap Wajah org yg Kita Sayang...


Melihat orang yang  kita sayang pada saat dia tidur.....
Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....

Pernahkah anda  menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur ? Kalau  belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang  tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.


Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah
bengisnya.

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah  energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang  terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika  mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang  itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.


Secara ajaib  Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah  jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi  wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.


Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda....
Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar  demi kita. Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata-  mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah  ertikan.


Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita  cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak,  Sahabat, Semuanya...


Resapilah  kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap  wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu  seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Perhatikanlah ayah anda saat  beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah  itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai  menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan
kita,  anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.


Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang  bekerja keras
mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.


Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

dari NYA kita datang, kepada NYA kita kembali


Tanpa kata,  tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan  penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah, Tak lain adalah untuk KITA.....

Tuesday, 10 January 2012

PERBEZAAN ANTARA 'SEMBAHYANG' DAN 'SOLAT'

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."
Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik"
dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.


credit to Suluhan iLahi 

Wednesday, 4 January 2012

Hak dan Tanggungjawab Suami & Isteri




Tanggungjawab dan Hak Suami
Antara tanggungjawab suami menyediakan nafkah kepada isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya." (Surah al-Baqarah, ayat 233)
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik." (Hadis riwayat Muslim).
Suami juga mesti bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah yang bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik." (Surah an-Nisa', ayat 19)



Tanggungjawab dan Hak Isteri
Isteri wajib mentaati suami dalam perkara yang bukan maksiat.
Isteri juga tidak boleh membenarkan orang lain memasuki rumah tanpa kebenaran dan keredaan suami.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). (Hadis riwayat Muslim)
Begitu juga dengan maruah, setiap isteri mesti menjaga kemuliaan, kehormatan dan harta benda suami. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang solehah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya." (Hadis riwayat Abu Daud)


Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak
Islam juga mewajibkan bapa secara khusus memberi nafkah kepada anak. Menjaga kebajikan anak, termasuk menyediakan dalam kadar munasabah keperluan untuk hidup, belajar dan kesihatan.
Begitu juga anak wajib dididik supaya sentiasa beribadat dan berakhlak mulia. Tugas mendidik berada di atas kedua ibu dan bapa. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Didiklah anak kamu dengan tiga perkara; cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-Quran." (Hadis riwayat Dailami)
Apa yang kami kemukakan hanyalah ringkasan dari hak dan tanggungjawab berkeluarga yang lebih luas. Di harap agar pasangan yang memerlukan rujukan lanjut, dapat merujuk buku-buku berkaitan untuk maklumat terperinci.
credit to pkcik Google

-Artikel Iluvislam.com