

Anda pencinta yang mana????
1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dengan waktu. SO, pandai2lah bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum tentu yang terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..
2. CINTA PEMBIMBING
Hmm..yang ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yang juga boleh menjadi ‘guru’, seorang yang boleh kita jadikan idola dan yang dapat menolong mengembangkan bakat @ diri kita.
3. CINTA MENGGODA
Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.
4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yang terlalu jauh kadangkala boleh membuat salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat…macam kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dengan Sabariah anak Nyonya Mansor tu la…
5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yang dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yang gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’ itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yang cukup sukar ditepis.
6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apabila kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya.. so, berikanlah cinta yang tulus kepadanya..Think positive!
7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja orang masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita untik mendapatkan cinta yang kita inginkan…
No comments:
Post a Comment