Monday 19 November 2012

i-City




Assalamu'alaikum w.b.t.

Semalam (18 November 2012) aku, kakak aku dan adik aku bawak mak ngn abah pegi jalan-jalan kat i-City, Shah Alam. Ni pertama kali aku datang sini. Kalau dari Putrajaya nak ke i-City ni ambil masa lebih kurang 45 minit je. Kami ikut highway. Senang dengan bantuan Google Maps

Bayaran parking pukul 6.01 petang hingga 6.00 pagi ialah RM10 ok! Biasa la kalau dah pegi hari sabtu ahad...nak-nak tengah cuti sekolah, memang ramai tak hengat la. Sangat bercinta nak cari parking.

Tempat pertama kami kunjungi ialah tandas...kat sini                                    


Kat sini ada kereta kuda yang sangat mengujakan hatiku (gambar ada kat tipon abah. tak sempat bluetooth). Berebut-rebut ok nak begambar kat kereta kuda dan kuda tu. Hehe... Yang aku hangin, ada makcik tu sedap je lepak-lepak dalam keta kuda tu padahal orang nak amek gambar kat situ    *maafkanlah makcik tu*

Kami tak main mende pun (seperti buaian pusing kt blakang tu). Just jalan-jalan tengok lampu. haha... Pastu kami terus proceed kt bahagian belakang yang banyak pokok-pokok berlampu tu (dapat imagine tak tempat yang aku maksudkan?)

Ya...ya...di sinilah tempat yang aku maksudkan tadi...

inilah hero & heroin hidup kami

hero. haha... :)

ish


iye..iye je

(oleh kerana gambar-gambar ni dari enset aku, jadi gambar aku la yang banyak pun. hahah... gituuu...)

Budak berangan nak pegi Hangzhou. Konon kat Hangzhou sebab nampak tanglung tu je??? Aku tak paham dengan beliau. Layan jeee...


Gambar-gambar comel aku pulak


dinosour ni comel. sebbek ada budak kecik tu blah masa aku nak amek gamba ni. haha...


sama tak kecomelan tu?



aku mau terbang



Oleh kerana kami pergi hari ahad, dan kena keje keesokkan hari maka tak lama la kami kat i-City. Nanti nak datang lagi la...datang dengan hubby bes sket. Nak pusing-pusing, main-main sampai koma. hahah... Nak bergumbira di Water World dan SnoWalk. Besnyaa...


Sampai rumah terus zzzZzzz...

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment