Friday 7 December 2012

Fenomena 2012...Durian Crepe


Pada suatu hari di kedai bakery Tee Jia, Taiping

Yayan : Uncle, whipping cream non-diary ada tak?
Uncle : Sini (sambil tunjuk ke arah freezer sebelah dia). 'Dulian' crepe ha? hahaha...
Yayan : Eh, macam mana uncle tau?
Uncle : Alaa...10 orang masuk ini kedai, 8-9 orang mesti cari ini whipping cream

Haahaaa...nampak tak penangan Durian Crepe ni. Fenomena berleluasa. Aku pun sebok jugak nak buat kannn... Kebetulan masa ni memang kena dengan musim durian. So, senang la sket nak cari durian dan murah nak beli kalau nak banding kalau bukan musim.

Aku buat masa balik kampung...balik weekend je. Hari ahad pagi sebelum balik Putrajaya baru nak buat. Haaa..mau tau la, memang kena beletiaq la dengan mak. Dah nak balik baru nak kalut buat itu ini. Nasib laa..

Resepi durian crepe ni aku amek kat blog kak ita. Aku suka tengok blog kak ita. Bes. Banyak jugak resepi kak ita yang aku dah try. Gambar-gambar dalam blog kak ita pun cantik sangat (i guna kamera enset je). Sekarang kak ita dah ada ebook Karipap-Karipap Cinta ooo.....

Aku tak sempat amek gambar sebelum...semasa...buat durian crepe ni. Maklumlah nak cepat. Sempat amek gambar dah siap je. Huhu...

Jangan gelak tengok durian crepe aku iniii....

Walaupun tak cantik...janji sedap d tekak ku. Sekali ngap je

Hasil dari seorang tangan keras
  

Janji sedap. Mak dalam dok bising-bising, siap suruh tinggal sikit kt rumah. Lebihnya aku bawa balik Putrajaya. Huhu... Sekian.....


Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment