Solat adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam islam, ibadah yang pertama akan dihisab. Ibadah yang merupakan zikir yang paling besar dan keperluan umat Islam terhadap Ilahi. Rehat ternikmat dalam hidup.
Kewajipan yang wujud ini sangat penting bagi manusia. Kerana dengannya
kita sentiasa mengingati Nya dan berdoa kepada Nya. Kita telah mengetahui hikmah
dan manfaat yang banyak sekali dari gerakan solat untuk kesihatan tubuh manusia.
Kali ini kita akan cuba membincangkan tentang manfaat solat untuk ibu hamil dan
mengapa wanita haid tidak boleh atau diharamkan bersolat dan berpuasa? Ini dia
jawapan menurut perubatan.
Sejumlah kajian perubatan moden membuktikan bahawa
gerakan badan seperti solat banyak memberikan manfaat bagi ibu hamil.
Namun begitu gerakan seperti ini berbahaya bagi wanita haid.
Mengapa?
Ketika wanita bersolat dalam gerakan sujud dan rukuk secara semula jadi
akan meningkatkan peredaran darah ke rahim kerana keperluan sel-sel rahim dan
ovari seperti sel-sel limpa yang menyedut banyak
darah.
Begitu juga apabila seorang ibu mengandung, rahim memerlukan darah yang
cukup agar janin mendapatkan gizi dan untuk membersihkan pencemaran. Jika
seorang ibu mengandung bersolat, aktivitinya ini akan membantunya membawa darah
yang cukup ke janin.
Sementara wanita yang haid, jika menunaikan solat, akan menyebabkan
banyak darah mengalir ke rahimnya. Akibatnya akan berlaku kehilangan darah
bersih / baik kerana keluar bersama darah haid.
Semasa haid, dianggarkan wanita akan kehilangan darah sebanyak 34
mililiter. Kadar yang sama pada cecair lain. Jika wanita haid menunaikan solat,
zat imuniti (ketahanan tubuh) di tubuhnya akan hancur. Sebab sel darah putih
memainkan peranan sebagai imun akan hilang dibawa bersama darah
haid.
Mengalirnya darah akan meningkatkan kemungkinan menularnya penyakit.
Namun Allah menjaga wanita haid dari penularan penyakit dengan menumpukan sel
darah putih di rahim semasa haid agar dapat menjaga tubuh dan melawan pelbagai
penyakit.
Jika seorang wanita solat ketika haid, maka dia akan kehilangan darah
dalam jumlah banyak. Ini bererti akan kehilangan sel darah putih. Jika ini
berlaku maka seluruh organ tubuhnya seperti limpa dan otak akan diserang
penyakit.
Mungkin inilah hikmah besar disebalik larangan syariat agar wanita haid
tidak melaksanakan solat hingga dia dalam keadaan suci. Al-Quran dengan sangat
cermat menyebutkan,
"Mereka bertanya kepadamu tentang haid.
Katakanlah: "Darah haid itu adalah suatu kotoran." Oleh sebab itu, hendaklah
kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati
mereka, sebelum mereka suci. "(Al-Baqarah:
222).
Disamping itu, gerak fizikal ketika sujud dan rukuk semakin menambah
aliran darah ke rahim dan akan hilang. Lebih dari itu, jika wanita haid bersolat
maka akan menyebabkan kekurangan zat besi dari tubuh.
Begitu juga dengan larangan berpuasa ketika haid. Para perubatan
menyarankan agar ketika dalam keadaan haid, wanita banyak berehat dan mengambil
makanan yang berkhasiat. Ini selaras dengan larangan untuk berpuasa, kerana
menurut perubatan darah, magnesium dan zat besi dalam tubuh yang berharga tidak
terbuang begitu sahaja.
Dari Abu Said Al-Hudri, Rasulullah SAW bersabda: "... Bukankah jika (seorang wanita) haid ia tidak solat dan tidak
puasa?" (HR. Bukhari dan Muslim).
Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda, "Kami
diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak mengqadha
solat."
Betapa banyak tanda-tanda yang Allah SWT berikan kepada umat manusia
supaya berfikir. Allah SWT yang begitu penyayang terhadap manusia, sehingga
segala hal yang Dia perintahkan dan larangan Nya pasti ada hikmah disebalik itu.
Maka apa yang kita tunggu lagi dan pertimbangkan lah untuk segera mematuhi
segala peraturan yang telah ditetapkan
oleh-Nya.
Kredit to
No comments:
Post a Comment