Kadang-kadang Allah bagi kita hujan & ribut, kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Dia nak beri kita Pelangi
Thursday, 29 December 2011
Friday, 23 December 2011
Ingat 2 perkara dan lupa 2 perkara
Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
![]() |
Para pembaca sekalian;
Ingatlah 2 perkara;
@Kebaikan orang kepada kita
Kita kena selalu ingat kebaikan orang kepada kita; orang yang telah dan pernah menolong kita. Pertolongan dari segi wang ringgit, nasihat, tenaga etc etc sewajarnya harus kita kenang sebagai tanda mengingati budi. Seterusnya ianya mampu membuatkan kita menjadi lebih pemaaf bila kita ingatkan kebaikannya melebihi kesalahannya.
Especially kepada Allah yang mengurniakan berjuta nikmat. Lebih-lebih lagi kita perlu syukuri. Firman Allah s.w.t;
‘Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Surah al-Duha 93:11)
@Kesalahan kita kepada orang
Of course yang ni penting, kita kena selalu ingat kesalahan kita so ia akan memimpin kita untuk selalu meminta maaf. Kata-kata maaf mampu melembutkan hati. Kita akan sentiasa beringat untuk tidak lagi melakukan kesalahan yang pernah kita lakukan.
Lebih-lebih lagi dosa kita kepada Allah. Ingat kembali kederhakaan kita, selalu liat solat awal or berjemaah, selalu itu selalu ini. Ianya penting untuk menimbulkan rasa keinsafan dalam diri. DOSA YANG MENYEBABKAN KITA MENANGIS LEBIH BAIK DARIPADA KEBAIKAN YANG MENIMBULKAN RASA TAKBUR. Take note ini penting ye sahabat-sahabat sekalian.
Dan seterusnya ya para pembaca yang budiman,
Lupakanlah 2 perkara;
@Kebaikan kita kepada orang
Jangan kita suka ungkit-ungkit kebaikan kita kepada orang lain, orang pernah kita tolong, orang yang pernah kita bantu. Kita cumalah wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikan-Nya kepada manusia lain.
Lagi-lagi amalan kita terhadap Allah; perbuatan mengingati amalan yang telah dikerjakan hanya akan merobek keikhlasan hati sahaja. Sedangkan semuanya atas hidayah dari-Nya juga. So, kita kena selamatkan diri dari rasa ujub, sum’ah, riak dan bangga diri.
@ Kejahatan orang terhadap kita
Part ni susah sekali. Susah kan nak anggap seolah-olah tak ada siapa yang pernah buat salah dengan kita? Kita kena latih diri menjadi seorang pemaaf. Ya, peringatan buat diri sendiri juga. Ini akan melatih kita untuk mengawal rasa marah dan membuang dendam. Kita cumalah hamba Allah bukan tuan lebih-lebih lagi Tuhan dalam kehidupan. Makanya, bila someone buat kesalahan kepada kita, anggaplah kita memang layak disakiti kerana KITA CUMALAH HAMBA ALLAH.
Kita juga lebih-lebih lagi perlu melupakan segala kesusahan, ujian, musibah yang telah Allah timpakan. Dan kita harus menyedari bahawa setiap ujian dan musibah yang Allah timpakan ke atas kita adalah sebahagian mehnah daripada Allah untuk kembali mengajak kita bercinta dengan-Nya kembali. Sebab kita selalu terlupa dan terleka, Allah ingatkan kembali~ =) Chill.
Friday, 16 December 2011
Perkenalan
Assalamu'alaikum warahamatullahi wabarakatuh,
Saya Raihan Nadzirah binti Mohd Nadzri. Dilahirkan pada 18 Mac 1987 di Taiping, Perak. Masih baru di alam blogger. Masih banyak perlu di pelajari. Masih banyak perlu diterokai. Masih banyak perlu dipulun dan segalanya masih...
Aku dah kawen! (Perlu ke bgtaw??) Ditunangkan pada 4 Disember 2010. Majlis pertunangan aku dibuat serentak dengan majlis pernikahan kakak aku. Aku dinikahkan pada 4 Februari 2011 (masih dalam mood honeymoon. heheh...) dan majlisnya pada 12 Mac 2011 (juga dibuat bersama kakak)
Apakata!!! Apakata disini saya sertakan serba sdikit gmbar-gambar sekitar majlis pertunangan, pernikahan dan majlis untuk memeriahkan sdikit suasana. Cekidaut...!!
PERNIKAHAN KAKAK...
| Pengantin x nangis, abah pengantin plak yg nangis. Abg ipaq aku rilek je. haha... |
| Haaa...lega. slamat dah |
PERTUNANGAN AKU...
| hantaran kpd tunang tersayang (kini suami. lalala...) |
| 4 beradik |
| Anak2 Nadzri |
HARI KENDURI...
| kek ni sedap ooo... |
| ni la pengantinnye. kakak (hijau) & adik (merah) |
| ni la hubby aku |
| aku + hubby |
| kakak + suami die |
| bersama abah + mak |
BERTANDANG (13 MAC 2011)
| sgt malu time nih |
| pengapit ku yg setia |
| kek kt umah hubby |
| plamin 2 wana negeri Perak oke. huhu... |
| Heroku... |
OUT DOOR PULAK....
Subscribe to:
Posts (Atom)

